-Tempahan custom album menggunakan gambar-gambar dalam simpanan anda -Imbas (scan) semula gambar cucian filem anda ke format digital
TEMPAHAN DAN SEBUTHARGA
1.karang email ke wadlensa@gmail.com
2.Taipkan Jenis majlis di bahagian 'subject'. 3.Nyatakan jenis majlis,
4.Berapa hari berlangsung
5.Penerangan serba ringkas tentang aturcara majlis
6.Nama & no. telefon anda utk kami hubungi kembali.
TERMA & SYARAT
Senarai harga dan pakej yang dipaparkan adalah TETAP kecuali dinyatakan sebaliknya.
Harga perkhidmatan yang ditawarkan tidak termasuk caj pengangkutan serta khidmat luar kawasan.
Caj pengangkutan dan khidmat luar kawasan mengambil kira kos petrol, kadar tol semasa, jarak masa perjalanan dan penginapan.
Tempahan sebaiknya dilakukan 2 bulan sebelum tarikh majlis.Tempahan yang dibuat kurang dari 3 bulan tertakluk kepada kekosongan.
Sebarang pertanyaan mengenai pakej dan tempahan boleh dibuat sama ada melalui temujanji, panggilan telefon, ataupun e-mail.
Tempahan akan dikira rasmi selepas pihak pengurusan menerima 50% deposit (tunai).
Wang tidak akan dikembalikan jika pelanggan membatalkan tempahan saat akhir setelah deposit diberi.
Tarikh dan masa majlis boleh ditukar selepas tempahan dibuat dalam tempoh dua (2) bulan dari tarikh berlangsung tertakluk kepada kekosongan.Kurang dari dua bulan, pertukaran tidak akan dibenarkan.
Pihak pengurusan berhak menolak tempahan atas kelewatan deposit dan segala hal yang difikirkan boleh menganggu pengurusan masa jurufoto dan pihak pengurusan.
Pembayaran deposit secara Serahan Tangan, Deposit Bank atau secara Online kepada pihak pengurusan @ wakil sahaja.
Kaedah pembayaran ialah deposit 50% semasa tempahan dibuat , dan baki 50% dalam tempoh selepas majlis tamat sehingga penerimaan album.
Jika membuat bayaran secara online atau deposit bank, sila e-mail resit transaksi ata maklumkan kepada wadlensa@gmail.com
Untuk setiap pakej masa jurugambar yang diperuntukkan adalah selama 4 jam iaitu sama seperti kelaziman waktu aturcara majlis, jam 12 tengah hari hingga 4 petang.
Jika pelanggan memerlukan masa lebih daripada yang diperuntukkan, caj tambahan akan kira mengikut jam.
Pihak pengurusan secara automatik memegang hakcipta pada setiap keping gambar yang diambil.Dengan ini Pihak pengurusan boleh menggunapakai gambar-gambar tersebut untuk tujuan promosi,pengiklanan atau sebarang bentuk penerbitan selagi tidak bercanggah dengan undang-undang.
Tempoh memproses & penghantaran album adalah di antara 4 hingga 5 minggu dari tarikh sehari selepas majlis berakhir.
Setiap ulang cetak album akan dikenakan caj dari RM 250 ke RM 1000 bergantung kepada saiz & jenis album.
Kelewatan penghantaran akan dimaklumkan kepada pelanggan
Pihak pengurusan berhak menahan penghantaran album bagi pembayaran yang belum dijelaskan.
Segala terma dan syarat ini boleh dipinda dan diubahsuai oleh pihak pengurusan WADLensa mengikut kesesuaian yang dirasakan perlu tanpa perlu membuat sebarang pengumuman atau kenyataan kepada pelanggan. Pihak pengurusan juga berhak sepenuhnya atas segala pindaan dan tidak bertanggungjawab terhadap tuntutan kerugian yang dialamai.